9.4 C
New York
Tuesday, November 19, 2024

Volvo lambatkan peralihan penuh EV, mannequin dengan enjin pembakaran dalaman akan ditawar selepas 2030


Volvo lambatkan peralihan penuh EV, model dengan enjin pembakaran dalaman akan ditawar selepas 2030

Volvo antara pengeluar terawal yang menyatakan bahawa ia akan beralih sepenuhnya kepada teknologi EV – pada 2021, jenama automotif Sweden itu mengeluarkan kenyataan berani dengan mengumumkan bahawa ia tidak lagi akan menjual mannequin dengan enjin pembakaran dalaman selepas 2030.

Ketika pengumuman itu dibuat, momentum pasaran EV dilihat semakin menaik dimana banyak negara memberikan insentif untuk pembelian EV bagi mempromosikan penggunaan kenderaan lebih mesra alam tersebut. Namun buat masa sekarang, jualan EV sudah mulai tepu dan permintaanya sudah mula menurun.

Dengan mengambil perkembangan semasa, Volvo nampaknya mula mengubah pendirian mereka dan melambatkan proses peralihan penuh tersebut. Menurut CEO Volvo Jim Rowan dalam laporan Autocar, Volvo nampaknya masih akan menjual mannequin hibrid dengan enjin pembakaran dalaman selepas tahun 2030 nanti.

“Kami tidak dogmatik mengenai cita-cita 2030 kami. Paling penting ialah kami menyediakan produk yang pelanggan kami inginkan. Kami akan bersedia untuk beralih menggunakan elektrik sepenuhnya dekad ini, tetapi jika infrastruktur pasaran dan penerimaan pelanggan tidak mencapai tahap, kami boleh mempertimbangkan untuk mengambil masa beberapa tahun lagi,” katanya pada acara hari 90/90, di mana XC90 facelift baharu telah didedahkan.

Volvo lambatkan peralihan penuh EV, model dengan enjin pembakaran dalaman akan ditawar selepas 2030

Volvo EX90 (kiri) dan Volvo XC90 facelift 2025 (kanan)


Jadi dengan perubahan tarikh akhir peralihan EV ini Volvo akan terus membangunkan unit rangkaian kuasa hibrid. “Peralihan kepada elektrifikasi tidak akan linear. Pelanggan dan pasaran bergerak pada rentak yang berbeza, dan oleh itu kami akan terus melabur dalam hibrid supaya di mana sahaja anda berada dalam perjalanan anda untuk memandu elektrik, anda boleh memiliki Volvo yang sesuai dengan keperluan dan situasi anda,” tambahnya lagi.

Penawaran satu lagi versi facelift untuk XC90 ini adalah salah satu contoh pendekatan baharu yang dibuat oleh Volvo. Walaupun produksi untuk SUV EV EX90 telah bermula Jun lalu dan kumpulan pertamanya sedang dihantar kepada pelanggan (turut akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi), Volvo tidak menghentikan terus pengeluaran bagi mannequin XC90 yang masih menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Pendekatan ini akan “memberikan pelanggan pilihan yang terbaik untuk disesuaikan dengan mereka” dalam masa yang sama memberikan Volvo “keseimbangan portfolio ketika kami beralih sepenuhnya ke arah elektrifikasi penuh”, kata Rowan.

Volvo XC90 generasi sedia ada sudahpun dijual sejak 2014, dan mannequin facelift yang baru diperkenalkan ini menampilkan muka dengan pengaruh dari EX90 bagi membolehkan ia kekal relevan dalam pasaran.

Volvo EX90 (kiri) dan Volvo XC90 facelift 2025 (kanan)

Ia juga masih mengekalkan unit rangkaian kuasa dengan pilihan sama seperti mannequin sebelumnya iaitu B5, B6 dan pilihan paling berkuasa plug-in hybrid T8 AWD. Versi asas B5 menerima enjin 2.0 liter empat-silinder turbo berkuasa 250 PS dan tork maksima 360 Nm dan juga sistem hibrid ringkas 48-volt, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat. Varian B6 juga dibekalkan dengan enjin dan sistem hibrid yang sama, tetapi ia ditala bagi menghasilkan kuasa 299 PS.

Manakala untuk T8 AWD, enjin turbo tersebut ditambah dengan supercharger bagi menghasilkan kuasa 310 PS dan tork maksima 400 Nm. Kuasa berkenaan disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik lapan kelajuan. Tidak cukup dengan itu, gandar belakang pula dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 145 PS/309 Nm, yang bukan sahaja memberikan kebolehan pacuan semua roda, malah menjadikan kuasa keseluruhan SUV ini berjumlah 455 PS.

Walau bagaimanapun, kuasa tersebut sebenarnya berkurangan dari versi sebelumnya yang dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 462 PS/709 Nm. Oleh itu pecutan 0-100 km/j juga sedikit lambat dengan catatan 5.4 saat berbanding 5.3 saat sebelum ini.

Untuk motor elektrik pada gandar belakang, ia dibekalkan kuasa menerusi bateri berkapasiti 18.8 kWj, membolehkan ia bergerak dengan hanya kuasa elektrik dalam jarak antara 63 hingga 71 km. Ia juga boleh dicas semula seperti mannequin EV sebenar – dengan pengecas AC 6.4 kW, cas penuh mengambil masa sehingga tiga jam.

GALERI: Volvo XC90 facelift 2025

GALERI: Volvo EXC90

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles