11.3 C
New York
Tuesday, November 19, 2024

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ – berkuatkuasa mulai 10 Okt, sila daftar segera!


Sila klik untuk besarkan imej

Buka saja aplikasi MyJPJ untuk memperbaharui lesen memandu digital, terbaca pula arahan untuk mendaftar MyDigital ID ini. Menurut paparan di aplikasi MyJPJ, log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober ini. Maka, pengguna aplikasi MyJPJ dinasihati agar mendaftar segera MyDigital ID bagi mengelakkan sebarang kesulitan log masuk.

Apa itu MyDigital ID? Menurut laman internet rasminya, MyDigital ID yang dibangunkan oleh MIMOS ini merupakan sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian. Di mana sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat daripada pangkalan knowledge MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.

Sila klik untuk besarkan imej

Pendaftaran MyDigital ID adalah percuma untuk semua rakyat Malaysia. Selepas berjaya mendaftar (oh penulis terpaksa melakukan tujuh kali percubaan untuk mendaftar aplikasi ini dalam tempoh sejam, sistem asyik ‘grasp’ saja…), Sijil Kuasa MyDigital ID akan dikeluarkan dan ia sah digunakan selama satu tahun selepas tarikh pendaftaran. Di mana ia adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID. Selepas tarikh luput, pengguna perlu memperbaharui pendaftaran.

Untuk mendaftarnya, pengguna boleh membuat pilihan sama ada memuat turun (obtain) aplikasi MyDigital ID ini secara dalam talian (iOS, Android, atau Huawei) atau pun melalui kios yang disediakan di seluruh negara. Menariknya, bila semak senarai kios yang disediakan, selain di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ia juga disediakan di kebanyakan cawangan Tealive di seluruh negara. Walau pun anda memilih untuk mendaftar di mana-mana kios, anda masih perlu obtain aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda.

Untuk mendaftar, isikan alamat e-mel dan masukkan OTP yang dihantar ke e-mel anda. Kemudian, masukkan butiran diri iaitu nama penuh dan nombor MyKad anda. Seterusnya, anda perlu mengambil gambar hadapan dan belakang MyKad anda. Kemudian tetapkan kata laluan (password) untuk akaun anda. Selesai pendaftaran, barulah anda akan mendapat Sijil Kuasa MyDigital ID ini. Tetapi kena tunggu 10 Oktober 2024 untuk mengetahui fungsi sebenar MyDigital ID ini untuk aplikasi MyJPJ.

    Apa yang perlu anda tahu mengenai MyDigital ID ini:

  • Sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak, pengguna hanya perlu membatalkan MyDigital ID di kios atau peranti, dan perlu mendaftar semula. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh digunakan oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.
  • Sekiranya aplikasi MyDigital ID telah dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar, Sijil Digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kios, dan perlu mendaftar semula.
  • Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di mana-mana kios. Dokumen pengenalan diri perlu untuk proses pembatalan.
  • MyDigital ID tidak sama dengan PADU. MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan transaksi dalam talian, manakala PADU adalah pangkalan knowledge yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles