18.9 C
New York
Monday, November 18, 2024

Proton sahkan kereta lumba S70 R3 guna enjin 1.6 liter Campro, bukan 1.5L 3-silinder turbo dan ini sebabnya


Proton sahkan kereta lumba S70 R3 guna enjin 1.6 liter Campro, bukan 1.5L 3-silinder turbo dan ini sebabnya

Hari ini sayap perlumbaan rasmi Proton iaitu Proton R3 secara rasmi mengumumkan barisan pelumba mereka bagi menyertai Perlumbaan Sepang 1000km (S1K) 2024 bulan hadapan. Dalam majlis tersebut juga buat pertama kali kereta lumba baharu pasukan tersebut yang baru sahaja siap iaitu Proton S70 R3 didedahkan kepada media.

Tanpa selindung, Proton memberitahu bahawa Proton S70 R3 ini sememangnya menggunakan enjin NA 1.6 liter empat silinder S4PH atau dikenali sebagai Campro 1.6 dari model-model lama mereka, bukan menggunakan enjin turbo GEP3 1.5 liter tiga-silinder asal pada S70 yang dijual di bilik pameran.

Menurut Proton, enjin Campro tersebut dipilih adalah kerana undang-undang perlumbaan S1K itu sendiri. Proton S70 R3 ini akan bertanding dalam kategori MTC, yang menetapkan kereta yang bertanding perlu menggunakan enjin dengan sesaran maksima 1,600 cc, tanpa bantuan turbo.

Proton sahkan kereta lumba S70 R3 guna enjin 1.6 liter Campro, bukan 1.5L 3-silinder turbo dan ini sebabnya

Jadi untuk ‘membuang’ turbo pada enjin 1.5 liter tersebut adalah tidak efisien kerana enjin berkenaan sememangnya hanya dibangunkan dalam variasi dengan induksi paksaan, tanpa versi naturally aspirated (NA). Berbeza dengan enjin Campro pada Preve sebelum ini yang sememangnya ada dalam versi turbo dan NA.

Tambahan pula, undang-undang MTC berkenaan turut membenarkan penggunaan enjin dari pengeluar yang sama, membolehkan enjin Campro ini lulus untuk digunakan kereta lumba Proton S70 R3 S1K tersebut. Bonus untuk Proton R3, enjin Campro berkenaan sememangnya sudah digunakan pada kereta-kereta lumbanya sebelum ini termasuk Satria Neo, Preve, Suprima S, Iriz dan Saga, dan telah merangkul lima gelaran juara S1K.

Ini bermakna kos untuk membangunkan enjin baharu dapat dijimatkan, manakala segala knowledge dari enjin yang telah ‘matang’ tersebut masih boleh digunakan pada jentera baharu ini. Malah kereta lumba ini juga dapat disiapkan dengan cepat kerana pasukan tersebut sudah mempunyai enjin yang terbukti dapat mendominasi perlumbaan S1K.

Proton sahkan kereta lumba S70 R3 guna enjin 1.6 liter Campro, bukan 1.5L 3-silinder turbo dan ini sebabnya

Bukan hanya Proton R3 menggunakan pendekatan seperti ini. Kereta lumba GR Yaris Rally1 yang digunakan oleh pasukan Toyota Gazoo Racing dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) juga sebenarnya tidak menggunakan enjin 1.6 liter tiga silinder dari mannequin produksi GR Yaris, sebaliknya menggunakan enjin 1.6 liter empat-silinder turbo yang diambil dari jentera Yaris WRC sebelum itu. Alasan sama yang digunakan Toyota dalam memilih enjin tersebut – ia terbukti telah matang, jimat kos pembangunan dan ia tidak bertentangan dengan undang-undang perlumbaan.

Spesikasi teknikal untuk enjin Campro tersebut tidak didedahkan. Namun versi terakhir yang dipadankan pada Saga dan juga Iriz yang memenangi S1K untuk tahun 2018 dan 2019, enjin Campro S4PH berkenaan mampu menghasilkan lebih dari 200 hp pada roda hadapan, dan ia digandingkan dengan kotak gear guide perlumbaan jenis canine field.

Walau bagaimanapun, pasukan Proton R3 mendedahkan bahawa mereka merancang untuk membangunkan satu lagi kereta lumba S70 yang menggunakan enjin 1.5 liter turbo asal, dan perinciannya bakal kami dedah menerusi satu lagi artikel sebentar lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles